Keep In Mind

*We are 100% Online Shop since 2007

*Strictly No Walk-In,No C.O.D,No Self Collect

*Order will be delivered by Post/Courier Services Only

*Ready in Stock Items.

Fast Reply



Please read the caption carefully before placing your order.Tolong baca dengan teliti keterangan yang diberikan sebelum membuat tempahan.


Stock Inquiry@Order/Semakan Stok dan Order Whatsapp http://www.wasap.my/60199821983


(Don't forget to screen shot item photo or simply give item code during stock inquiry/Jangan lupa sertakan sekali gambar item atau berikan kod item semasa pertanyaan)





Tips Penjagaan dan Penggunaan Lingerie




Please use Google Translate for those who do not understand MALAY LANGUAGE :)


Khas untuk para isteri ye.....

Di sini saya,Puan Nisha ingin kongsikan sedikit tips penjagaan lingerie(bra,panties,gstring dll) dan juga baju tidur yang seksi atau kurang seksi tidak kira apa jenis material atau jenis fabriknya supaya panjang sikit hayatnya.
  • Kaedah Cucian dan Jemuran
  1. Hindari penggunaan serbuk pencuci pakaian ataupun cecair pencuci pakaian ketika mencucinya.Saya biasanya cuci menggunakan pelembut fabrik(fabric softener) ataupun gel mandian,jadi wangi gitu.----Ini boleh digunakan untuk semua jenis Lingerie atau pakaian dalam ya.
  2. Caranya-letak lingerie dalam bekas atau baldi,tuang sedikit pelembut fabrik atau gel mandian,letak air secukupnya.
  3. Jangan rendam,kalau kotor boleh rendam sekejap tapi jangan la sampai berjam-jam atau berhari-hari,cepat la rosak benda alah tu.
  4. Sental perlahan menggunakan tangan,tak payah sental kuat2 sebab bukannya kotor sangat pun,abis2 bekas air tutttt je,kalau sental macam sental kasut sekolah nanti tak pasal-pasal terkoyak sebab lingerie ni mostly diperbuat daripada fabrik lembut dan tak tahan lasak(kalau tahan lasak bungkus la company2 yang keluarkan lingerie tu yer),kemudian bilas dengan air sejuk.
  5. Jemur di tempat yang tiada sinaran matahari sebab tak nak warna fabriknya cepat pudar.
  • Kalau boleh,miliki lebih dari 2 lingerie atau baju tidur style menggoda ni,tak la si suami asyik tengok baju yang sama je,pelbagaikan pilihan warna dan style..bab kata sorang customer saya..biar macam2 ada:)
  • Tiap-tiap hari ke kena pakai? Ikut suka masing-masing la dan juga ikut situasi masing-masing.Ada yang pakai tiap-tiap hari(ni jenis yang banyak koleksi),ada seminggu sekali,sebulan sekali,setahun sekali pun ada,tunggu wedding anniversary la katakan..hehe)..ada jugak yang pakai sekali lepas tu tak pakai-pakai(kes lingerie terkoyak time tutt..nasib la ye ;)
  • Combine kan penggunaan lingerie ni dengan minyak wangi,minyak aromaterapi dan sebagainya...makin mengancam naluri sang suami la jawabnya...ingat...menghiburkan suami tu tanggungjawab isteri...dapat pahala lagi,suami pun senyum sampai ke telinga...
Ok,sampai di sini sahaja..kalau ada lagi idea nanti saya tambah lagi,pesanan saya..tips ini berkenaan lingerie sahaja,bukan tips untuk membahagiakan sang suami keseluruhannya...harap maklum



Copyright © 2017 Nisha Collection.All rights reserved.