Terpanggil untuk menulis sebab sejak jadi Avon Sales Leader+Dealer ni dah banyak orang tanya mcm mana nak tahu tahap keberkesanan wangian yang ada dalam rangkain Avon Frangrances.Soalan-soalan seperti ni sering timbul:
- Baunya tahan lama ke kak?
- Berapa jam perfume ni boleh tahan?
- Harga mahal,ok ke baunya?
- Cepat sgt hilang baunya,sebotol ni mmg x tahan sebulan la...
Ok..itu antara soalan-soalan top yang potential customer pernah tanya saya dan saya sendiri pun pernah tanya atau tertanya-tanya soalan tu setiap kali saya nak beli apa jua wangian.
Berbalik pada soalan-soalan tadi,saya fokus soalan pertama tu dahulu..Baunya tahan lama ke kak?...hehe...nak yang tahan lama baunya?? Senang je,ni contoh wangian dari Avon Fragrances yg pernah saya pakai dan sedang pakai ye...macam ni,kalau ada perkataan ni Eau de Parfum ataupun Eau de Parfum Spray,maknanya wangian ni memang tahan lama,misalnya wangian Far Away,Far Away Dreams,Far Away Paradise(ketiganya Eau de Parfum Spray 50ml),Herve Leger Eau de Parfum Spray For Her,Ungaro Fever Eau de Parfum Spray dan Outspoken Intense by Fergie Eau de Parfum Spray.Itu adalah Eau de Parfum dari Avon Fragrances yang saya pernah guna wangian dan yang paling saya minat sangat adalah wangian dari range Far Away...boleh tahan up to 8 hours...harga pun tak sampai RM80.00 tapi baunya sangatla menggoda+mengasyikkan,memang berbaloi membelinya(ces...siap promo lagi).
Selain itu,samada wangian ni tahan berapa lama tu(menjawab soalan kedua) kadang-kadang bergantung pada keadaan kulit seseorang juga samada kulit kering atau berminyak(menjawab soalan ke-4).Kalau kulit kita kering,wangian takkan tahan lama tapi ada kaedahnya untuk kekalkan wangian di badan kita ni.Masa mandi tu,guna shower gel yang berharuman,lepas mandi pakai pelembap atau body powder,kalau boleh biarlah dari brand yg sama.Kalau takut melekit pakai body powder,try calit purse concentre@roll on di pergelangan tangan dan leher anda.Lepas tu pakai la Cologne atau Eau de Toilette atau pun Perfume mahupun Eau de Parfum,dengan cara ni bau haruman di badan anda akan kekal lebih lama,tak perlu la kejap-kejap masuk toilet nak spray atau calit wangian di badan...hehe...tulis berdasarkan pengalaman ni:)
Harga mahal,ok ke baunya? Bukan semua Perfume yang harga mahal2 tu sedap baunya tau,bau ni bergantung pula kepada kandungan essence yang digunakan untuk mencipta wangian tu,kalau campurannya menghasilkan bau yang mengasyikkan,maka bau yang dihasilkan pun pasti memikat.Itu pandangan saya sahaja,mungkin anda yang membaca punya pendapat lain.
Berikut saya senaraikan wangian mengikut tahapnya berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna wangian,yang no 1 tu ialah wangian yang tahan paling lama,salah satunya sebab kandungan essencenya adalah tinggi berbanding wangian tahap di bawahnya.
- Eau de Parfum-----biasa didatangkan dalam bentuk semburan,sembur pada baju atau tudung
- Eau de Toilette/Eau de Cologne---boleh pakai terus di kulit bagi yang tak allergik
- Body Spray/Body Splash/After Shave---pilihan lelaki
- Roll On/Purse Concentre----calit sedikit di pergelangan tangan dan leher,ada orang suka calit pada pakaian.
Itu je,terima kasih pada yang sudi membaca,semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih wangian yang bersesuaian dengan keperluan diri anda.
Copyright © 2012 Nisha Collection.All rights reserved.
Copyright © 2012 Nisha Collection.All rights reserved.